Kaedah Belajar Secara Berkesan
Labels: Isu Semasa

- Menyediakan jadual belajar yang sistematik.
- Rutin belajar yang sama pada tiap-tiap hari bagi melatih otak menerima tabiat belajar.
- Pilihlah masa yang sesuai untuk mengulang kaji pelajaran terutamanya sewaktu semangat belajar berada di tahap maksimum.
- Elakkan perkara-perkara yang mengganggu proses pembelajaran. Ahli keluarga harus bertolak ansur dalam memberi ruang untuk anda belajar.
- Nota yang telah dibuat hendaklah diulang kaji pada hari yang sama.
- Anda akan mendapat lebih manfaat sekiranya anda mempunyai matlamat belajar.
- Elakkan belajar di tempat yang boleh menyebabkan rasamengantuk.
- Belajarlah dengan tujuan menimba ilmu bukanlah sekadar untuk lulus peperiksaan.
No comments:
Post a Comment