widgets

Monday 24 February 2014

Ciri-ciri Sahabat Yang Baik

CIRI-CIRI SAHABAT YANG BAIK
  • Sentiasa membantu ketika dalam kesusahan.
  • Menunjukkan teladan yang baik.
  • Mengajak ke arah kebaikan.
  • Bersedia mendengar masalah.
  • Membantu dalam pelajaran.

Contoh Karangan

          Setiap individu di dunia ini pastinya memiliki sahabat ataupun rakan dalam kehidupan mereka. Rakan-rakan amat diperlukan dalam menghilangkan kebosanan yang melanda diri. Namun demikian, beberapa perkara perlu dipertimbangkan dalam memilih rakan. Hal ini demikian kerana jika tersalah pilih rakan akan rosaklah masa hadapan kita. Jika diperhalusi, ada beberapa ciri dalam memilih sahabat yang perlu kita ketahui.

          Ciri yang paling utama sudah pastinya sahabat yang sentiasa membantu kita ketika susah dan senang. Peribahasa ada mengatakan rakan ketawa senang dicari tetapi rakan tangis sukar ditemui. Oleh itu, dalam memilih sahabat ciri ini perlu ada supaya mereka sentiasa membantu kita tanpa mengira waktu dan ketika. Jelaslah, rakan atau sahabat yang sebegini mampu mengisi kekosongan dan sentiasa ada saat diperlukan.

          Sahabat yang baik juga pastinya mampu menunjukkan teladan yang baik kepada kita. Sudah pasti kita tidak mahu menjadi seperti disebabkan nila setitik habis rosak susu sebelanga. Disebabkan sikap rakan kita yang tidak elok, habis rakan-rakan yang lain dituduh bersekongkol mahupun dilabel sebagai membawa pengaruh yang negatif. Huraian ini sangat bertepatan dengan peribahasa berteman dengan tukang minyak wangi kita akan ikut wangi, berteman dengan tukang minyak kita akan ikut bau minyak.

          Di samping itu, dalam memilih sahabat juga pilihlah sahabat yang sentiasa mengajak kita ke arah kebaikan. Sebagai contohnya, pilihlah sahabat yang tidak meninggalkan solat dan tahu menghormati orang yang lebih tua. Perkara ini penting kerana ciri-ciri sahabat yang baik itu akan menjadi ikutan kita sepanjang masa. Secara tidak langsung, masyarakat akan memandang tinggi individu-individu yang memiliki ciri-ciri yang baik dalam diri mereka.

          Seterusnya, sahabat yang baik juga pastinya bersedia untuk berkongsi ataupun sekurang-kurangnya mendengar masalah kita pada bila-bila masa yang diperlukan. Sahabat yang baik mampu berfungsi sebagai pembimbing di saat kita menghadapi masalah. Namun demikian, nasihat dan bimbingan yang diberikan mestilah mampu membawa kita ke arah kebaikan. Tidak dapat dinafikan lagi, kita perlu bersedia mendengar masalah rakan jika ingin menjadi sahabat yang baik.

          Izharnya, ada berbagai-bagai ciri yang perlu diperhalusi dalam menilai erti persabahatan. Oleh sebab itu, kita wajar dan harus berhati-hati untuk menjadikan seseorang itu sebagai kawan, teman ataupun jua sahabat kita. Seorang sahabat semestinya memiliki sifat-sifat yang terpuji untuk diikuti dan dicontohi. Sahabat boleh membahagiakan kita untuk menempuh kehidupan di dunia ini dan juga membantu kita di akhirat kelak.

Cara Belajar Yang Berkesan

Kaedah Belajar Secara Berkesan

Kita sudah membaca buku dari pagi hingga ke malam. Namun, keputusan peperiksaan tidak juga memberangsangkan. Atas faktor itu, para pelajar mengambil keputusan untuk mengehadkan waktu mengulang kaji pelajaran. Namun demikian, sedarkah anda keputusan yang diambil itu akan mengubah masa hadapan anda dalam sekelip mata? Oleh itu, bangkitlah dari tidur yang lena dan mulalah mengikut kaedah-kaedah belajar yang lebih berkesan agar kita memperoleh kejayaan seperti yang diharapkan. Berikut merupakan cara-cara yang efektif dalam mengulang kaji pelajaran :

  1. Menyediakan jadual belajar yang sistematik.
  2. Rutin belajar yang sama pada tiap-tiap hari bagi melatih otak menerima tabiat belajar.
  3. Pilihlah masa  yang sesuai untuk mengulang kaji pelajaran terutamanya sewaktu semangat belajar berada di tahap maksimum.
  4. Elakkan perkara-perkara yang mengganggu proses pembelajaran. Ahli keluarga harus bertolak ansur dalam memberi ruang untuk anda belajar.
  5. Nota yang telah dibuat hendaklah diulang kaji pada hari yang sama.
  6. Anda akan mendapat lebih manfaat sekiranya anda mempunyai matlamat belajar.
  7. Elakkan belajar di tempat yang boleh menyebabkan rasamengantuk.
  8. Belajarlah dengan tujuan menimba ilmu bukanlah sekadar untuk lulus peperiksaan.

Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Kata Nama Am dan Kata Nama Khas


Kata nama terbahagi kepada tiga iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama.

Kata Nama Am
Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.

Dengan kata lain perkataan nama am digunakan bagi menyebut sesuatusecara am atau umum.

Manusia , orang
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
binatang
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
tumbuh- tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang dll
benda
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
Pada akhir ayat
Gajah itu berbadan besar.
Pada awal ayat

Kata Nama Khas
Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. 

Kata nama khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khasHuruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
manusia
Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
binatang
Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
tempat
Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
bangunan
Pudu Raya
(perhentian bas
dan teksi), Menara
Tun Razak (pejabat)
judul buku
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
benda
Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)


Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Kegunaan
Kata Nama Am
Kata Nama Khas
Benda
bangunan
kereta
buku
sekolah
Bangunan Tabung Haji
Proton Saga
Bahasa Melayu
S.K. Darau
Orang
doktor
kerani
guru
budak lelaki
Doktor Efendi
Puan Zainun
Cikgu Azmi
Muhamad Fauzi
Binatang
kucing
lembu
katak
ayam
burung
Si Tompok
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam Belanda
Burung Murai
Tempat
negeri
bandar
kampung
tasek
Terengganu
Jerteh
Kampung Pasir Akar
Tasek Perdana

Tumbuhan
pisang
cili
jambu
limau
Pisang Emas
Cili Padi
Jambu Batu
Limau Kasturi

Friday 14 February 2014

Antonim dan Sinonim

ANTONIM dan SINONIM

Antonim dan Sinonim

Antonim ialah kata yang berlawanan maknanya dengan kata-kata yang lain. Contoh antonim adalah :
  • besar - kecil
  • tinggi - rendah
  • jauh - dekat
  • panjang - pendek
  • sejuk - panas


Sinonim ialah kata yang sama atau yang hampir sama maknanya atau seerti dengan kata-kata yang lain. Sinonim mempunyai perkaitan yang cukup rapat antara kata dengan makna. 
Contoh sinonim adalah :
  • cantik - indah
  • cepat - pantas
  • ejek - perli
  • betul - benar
  • pandai - bijak



Jawab soalan berdasarkan jawapan yang diberi.
 

1Pilih perkataan yang paling sesuai untuk menggantikan perkataan bergaris.
Encik Kasirn mengingatkan anaknya agar jangan memendam perasaan marahnya.
membendung
membasmi
mengawas
menaruh

2Feri itu sarat dengan penumpang.
muat
ketat
berat
padat

3Pegawai Pertanian telah mengamanatkan pekebun-pekebun kecil agar berusaha bagi meningkatkan hasil mahsul mereka.
mengarahkan
mencadangkan
mengharapkan
mencari

4Pekerja-pekerja kilang telah membangkang majikan mereka apabila menyedari ada penyelewangan dalam pembahagian kerja.
memulau
menyanggah
membaham
menyingkir

5Pak Saman berdoa semoga Tuhan mencurahi anak-anaknya rahmat dan hidayat.
menyinari
menyelami
mencari
mencucuri

6Tekaknya terasa mual apabila terpandang mayat-mayat yang genjur dan busuk bergelimpangan di pantai itu.
loya
perit
jejak
muntah

7Anak gadis Encik Halim yang baru pulang dari luar negeri telah bekerja di Kuala Lumpur.
ayu
sunti
puteri
perawan

8Hatinya tergores apabila diperli oleh abangnya dengan kata-kata yang sinis.
dicela
diejek
dimaki
dicerca

9Orang-orang kampung itu tidak suka dengan tabiat Najib yang kurang sopan itu.
fiil
sikap
sifat
maruah

10Pendapat yang dikeluarkan oleh Encik Balan begitu bernas dan logik.
betul
padat
munasabah
ketat

11Encik Aziz kini bermastautin di Sabah.
duduk
bertolak
meninggal
menetap

12Dengan rasa megah, Muslamah menunjukkan sijil kejayaan peperiksaannya.
gagah
sukacita
bangga
takbur

13Projek perumahan di Taman Keramat telah diserahkan kepada syarikat gergasi mengelolakannya.
mewah
raksasa
kerjasama
kumpulan

14Kami berasa bosan mendengar leteran panjangnya itu.
minat
ingin
malas
jemu

15Sejak akhir-akhir ini Oslan banyak menghasilkan karya-karya yang bermutu.
berkuantiti
berbakat
berkualiti
bernas

16Fauziah berasa jemu hendak melihat gambar-gambar tersebut.
mual
muak
loya
suka

17Setiap kali ada gangguan daripada musuh, beduk akan dipukul supaya penduduk-penduduk kampung berhati-hati.
hentam
libas
palu
ketuk

18Kegiatan pembangunan dan pemburuan haram merupakan punca utamanya hidupan liar hapus.
Ienyap
musnah
binasa
hilang

19Kadir mengajak rakan-rakannya menonton siaran langsung perlawanan bola sepak di rumahnya.
mempelawa
meminta
melambai
memaksa

20Daud segera mengemaskan pakaiannya apabila mendapati paras air telah masuk ke dalam.
lewat
terus
cepat
lalu

Wednesday 12 February 2014

Salam perkenalan buat anda. Guru merupakan pekerjaan yang mulia.

"Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

Lahirnya insan yang mulia merupakan satu kegembiraan buat kita. Insan mulia dibentuk melalui tunjuk ajar seorang guru yang mulia. Semuanya bermula daripada seorang guru..